08 Januari, 2021

Cinta itu milik aku

  Jumaat , 8 Januari 2020 ,0530hrs

        Aku baru selesai stalker cinta hati aku , lihat di instagram dan juga youtube. Makin cantik dan makin petah berbahasa enggeris. Aku kagum melihat cinta hati aku. View di youtube mu yang memenuhi view adalah aku. Di instagram aku hanya dapat melepaskan rindu dihati melihat gambar dan story nya.

   Buat cinta hati ku. "Abang sangat merindui untuk bebicara dengan dirimu, tapi apakan daya cinta kita terhalang. Abang tahu dirimu terluka." 

  "Ya , terluka dengan diriku, tapi aku terpaksa demi masa depan mu. Dan aku berkahwin demi maruah seorang wanita. "

  "Masih kah cinta hati ingat waktu pertama kali kita berjumpa. Ingat kah di Putrajaya. Ingat kah apa alasan abang mahu berjumpa mu waktu itu. "

"Masih Ingatkah, waktu pertama kali kita berkenalan. Ingat kah perbezaan umur kita berdua. "

Setiap detik waktu itu abang sentiasa mengingati mu.

Oh angin sampaikan salam rinduku pada mu. Teringat bait cinta itu dari bibirmu.

    Sekarang genap 2 tahun kita tidak bertegur dan menyapa. Kita membawa hala tujuan masing masing.

   Kenangan manis sepanjang berkenalan dengan diri mu dan menyintai mu tidak akan ku lupa hingga akhir hayat ku.

  Oh ya abang terpanggil untuk menulis ini kerana abang ingin meluah rasa hati yang sayu . Abang lihat sayang sudah ada peganti abang. Abang harap sayang bahagia dengan peganti itu. 

Nasihat abang pada mu, jadi lah pengalaman sepanjang kita berkasih dan bercinta itu sebagai tauladan dan tidak mengulangi sejarah cinta kita kembali.



Yang benar Dia